Mahu Hidup歌词由Syameer演唱,出自专辑《Mahu Hidup》,下面是《Mahu Hidup》完整版歌词!
Mahu Hidup歌词完整版
chorus
aku datang dari keluarga yang susah
hidup dari kecik tak pernah mudah
muka aku pun dah sering di ludah
dengan doa aku harap takdir ni berubah
verse
biar aku miskin pada harta
asal aku kaya dengan budi
terus daki walau impian ku
tinggi daripada guning fuji
biar musuh datang menguji
walau jalan aku berduri
aku redahdengan tekad aku
apa pun yang halang tak ku peduli
pintu itu aku dah masuk
semua orang takleh percaya
nampak baik tapi mematuk
ramai yang dah diperdaya
dengan watak yang bergaya
ramai datang cuba tutup lampu
dalam gelap pun nyali aku bercahaya
aku tetap hidup walau ruangnya sempit
tetap takkan stop even dah panas terik apa kau tahu
kalau kau tak pernah pikul beban atas bahu
waktu apa yang kau mahu tak dapat dibeli
dan diri engkau slalu jadi bahan di benci
waktu jalan tanpa arah waktu hidup makin parah
tak pernah healing aku kerja lebih masa
nak hidup tenang tu je yang nak aku rasa
pedulikan apa yang orang kata
aku tetap bangga dengan diri aku apa yang aku lalu
belum tentu orang lain mampu
cuma aku yang tahu
chorus
aku datang dari keluarga yang susah
hidup dari kecik tak pernah mudah
muka aku pun dah sering di ludah
dengan doa aku harap takdir ni berubah
verse 2
aku cuma nak buktikan yang susah pun boleh menang
dalam hidup aku cuma nak keluarga ku tenang
semangat ku takkan putus walau kadang senipis benang
walau apa keadaan aku lalu dengan tenang
aku cuma nak hidup walau hidup tak lengkap
waktu malam tertidur dalam tidur yang gelap
nafas ku terasa berat dalam ruang yang kedap
sunyi masih tak dipecah masih kekal menetap
aku masih berjuang walau terbuang
kekal dilandasan slagi ada peluang
tiada jalan mudah guna tulang belulang
cukup hasil harini malam ku bawa pulang
kadang aku menangis dimalam hari
sujud pada tuhan minta kuatkan hati
kadang tak mampu dan kadang cuba lari
berat di bahu entah berapa guni
hidup aku bagai mimpi tapi realiti
kadang aku tak mengerti dan aku cuba berhenti
namun aku mencari kemanaarah hati
membawa ku kemana akhirnya ku mengerti